Berurut dapat memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu, ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut.
Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahim.
Berurut tidak digalakkan di awal kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran.
Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam menggunakan teknik ‘deep-tissue massage’
Selain itu pengurut harus berhati-hati ketika mengurut wanita hamil kerana terdapat bahagian-bahagian yang sensitif yang harus dielakkan ketika mengurut.
Selain abdomen, bahagian yang sensitif ialah bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pengelangan tangan (wrist). Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
Oleh itu jika anda mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction), segeralah memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera berkonsultasi dengan doktor yang merawat.
Apakah manfaat yang diperolehi ketika berurut?
- Wanita hamil sering mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon yang mereka alami. Rawatan urutan untuk mereka akan memberikan banyak manfaat apabila mereka berurut sebanyak dua kali setiap minggu selama lima minggu.
- Dapat mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stress. Stress akan mengakibatkan wanita hamil mudah berasa penat dan tidak bertenaga. Ia juga akan menjadikan mereka cepat marah, berputus ada dan rasa tertekan.
- Meningkatkan kepekatan hormon yang dopamine dan serotonin yang akan menyebabkan tubuh berasa tenang dan bersemangat. Hormon ini juga akan mengurangkan masalah dan komplikasi ketika proses melahirkan bayi.
- Mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Selain itu berurut dapat membuat meraka tidur dengan lebih nyenyak.
- Membantu mengurangkan kesakitan pada pinggang belakang tanpa memakan ubat penahan sakit.
Sungguh pun berurut adalah satu cara rawatan yang memberi manfaat kepada wanita hamil, namun tidak semua wanita selamat untuk berurut.
Antara wanita hamil yang tidak digalakkan berurut ketika hamil ialah:
- Kahamilan bersama penyakit hypertension dan preecclampsia
- Pernah mengalami kehahiran pra matang
- Pernah keguguran (miscarriage)
- Kehamilan kurang dari 12 minggu
Oleh itu berhati-hatilah ketika berurut kerana wanita yang hamil mempunyai fisiologi yang tidak sama dengan wanita yang tidak hamil.
Bagitahu pengurut bahawa anda sedang hamil dan perlu lebih berhati-hati. Ini bertujuan untuk mengelakkan risiko yang mungkin dihadapi.
Berurutlah dengan pengurut yang bertauliah dan berpengalaman agar mendapat manfaat dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhannya.
Trackbacks and pingbacks
No trackback or pingback available for this article.
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
Recent Posts
Recent Comments
- Lami Ally on Bali Hedonist Package (120mins)
- Venice Ng on Couple Massage | Benefits of having a couple Massage
- Mohana on Why you should have a couple massage in BaliAyu
- hani on Massage | Perfect Gift For Mother’s Day
Archives
- September 2023
- April 2023
- January 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- July 2019
- June 2019
- May 2019
- April 2019
- February 2019
- January 2019
- December 2018
- November 2018
- September 2018
- August 2018
- July 2018
- June 2018
- May 2018
- April 2018
- March 2018
- February 2018
- January 2018
- December 2017
- November 2017
- October 2017
Leave a reply